APAKAH SAMABANTU
SamaBantu adalah sebuah platform yang disediakan bagi tujuan penerimaan sumbangan dari orang ramai untuk pengagihan sumbangan tersebut secara besar-besaran kepada mereka yang kehilangan pekerjaan disebabkan wabak Covid-19. Bantuan yang disediakan ini adalah penyelesaian sementara bagi untuk membeli barang-barang keperluan asas seperti makanan dan juga menampung perbelanjaan isi rumah.
Sistem ini adalah berlandaskan konsep ‘kejujuran’ dimana pemohon yang dianggap ‘layak menerima’ sumbangan ini, secara automatik akan diberikan bantuan kewangan. Namun demikian bantuan yang akan diagihkan ini adalah bergantung kepada jumlah sumbangan yang ada di dalam dana SamaBantu.
MATLAMAT SAMABANTU
Matlamat utama SamaBantu adalah usaha pengumpulan dana bagi membantu individu-individu yang kehilangan pekerjaan akibat wabak Covid-19.
Dana yang dikumpul ini adalah sumbangan ikhlas yang diterima dari masyarakat dan juga sumbangan dari syarikat-syarikat korporat. Dana yang diterima dari sumbangan ini akan dimuatnaik secara berkala dan dipaparkan di portal SamaBantu.
Pengagihan dana yang dierima akan dilakukan oleh sistem SamaBantu kepada individu-individu yang telah berdaftar dan layak sahaja, tertakluk kepada kelulusan oleh SamaBantu.