Kelab Rotary Kuala Lumpur (nama yang diberi pada awal penubuhannya), merupakan kelab Rotary yang pertama di Asia Tenggara. Kelab ini wujud sejak awal tahun 1918, dan ide penubuhan Kelab ini lahir ketika para pemimpin dari kalangan kakitangan kerajaan, peniaga-peniaga dan ahli professional yang menetap di Kuala Lumpur bersetuju untuk menubuhkan sebuah persatuan bagi tujuan memberi khidmat kepada masyarakat dan mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni.

Kelab ini secara rasminya ditubuhkan pada tahun 1928, dan ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu, aktiviti-aktiviti kelab ini telah dihentikan. Namun demikian, setelah keadaan negara kembali stabil, Kelab Rotary Kuala Lumpur meneruskan projek-projek khidmat masyarakat, seperti membantu individu-individu yang kurang bernasib baik, sokongan untuk belia-belia dan sebagainya.

Pencapaian Kelab Rotary DiRaja Kuala Lumpur merangkumi, antara lain, penubuhan tabung darah pertama di Malaysia, penubuhan SPCA, Persatuan Komanwel, menaja Persatuan Zoologi Malaysia dan Zoo Negara, memulakan ide Sekolah Outbound, dan penubuhan Bangunan Astaka di Taman Titiwangsa, di mana kesemuanya masih wujud dan beroperasi sehingga kini.

Projek terbaru Kelab Rotary DiRaja Kuala Lumpur adalah sebuah kediaman untuk kanak-kanak yang dinamakan Kediaman Rotary Kanak-Kanak BRDB yang bernilai berjuta Ringgit. Kediaman ini terletak di Sri Kembangan dan disediakan khusus untuk kanak-kanak yang terbiar dan memerlukan bantuan. Kediaman mula beroperasi pada tahun 2015 dan mampu menempatkan seramai 150 orang kanak-kanak.

Selain itu, Kelab ini juga telah melancarkan sebuah kempen yang dinamakan Kempen Kesedaran Kesihatan 3H. Kempen ini berjalan selama 2 tahun dimana sukarelawan-sukarelawan, termasuk doktor-doktor dan kakitangan perubatan membuat lawatan ke kawasan-kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya bagi tujuan memberikan pemeriksaan dan nasihat percuma berkenaan penjagaan kesihatan seperti mengawal tahap kolesterol, tekanan darah tinggi dan glukosa tinggi. Sebuah van juga telah diperuntukkan khas bagi memudahkan sukarelawan bergerak ke mana-mana lokasi.

Kini, Kelab Rotary DiRaja Kuala Lumpur merupakan sebuah kelab Rotary terunggul dan yang paling aktif di Malaysia.

Hubungi kami: